pak usop

pak usop

Sunday 9 October 2011

Kayuhan & Minum Pagi Bersama Pemimpin Dun Manir






























As'salam...Pada tanggal 8 Oktober 2011 yang lalu pihak APMT bersama pihak Pemuda UMNO Dun Manir telah mengadakan satu aktiviti riadah berbasikal. Program ini telah diberi nama Kayuhan & Minum Pagi Bersama Pemimpin Dun Manir iaitu Saudar Yusof Bin Awang Hitam. Yang mana beliau juga merangkak sebagai Pegawai Pembangunan Dun Manir.

                Alhamdulillah program ini telah berlangsung dengan jayanya dan disertai pelbagai lapisan masyarakat dun manir...dari yang kecil hingga ke dewasa. Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 60 orang peserta dari pelbagai peringkat umur.

               Tujuan utama program ini adalah untuk mengadakan satu aktiviti kepada semua lapisan masyarakat supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat disamping mengeratkan silturahim di antara satu sama lain serta mendekatkan diri seorang pemimpin kepada anak-anak muda Dun Manir.

               Program ini disambut baik oleh semua penduduk kampung yang memberikan galakkan walaupun mereka tidak mengayuh basikal dan memberikan sokongan di tepi-tepi jalan raya sebagai penghormatan kepada program ini.

               Laluan program ini jaraknya adalah lebih dari 25KM. Permulaan kayuhan ini adalah dari Pejabat Pembangunan Dun Manir iaitu di Kg.Pulau Bahagia dan Berakhir di Kg. Perumahan Batu Hampar. Kayuhan bermula seawal jam 7.30 Pagi dan berakhir pada jam 12.30 Tgh. Laluan kayuhan ini telah melalui sebanyak 25 buah cawangan yang berada dalam Dun Manir. Kayuhan ini telah berhenti di beberapa tempat yang dilalui bagi menyampaikan hamper kepada pemuda-pemuda yang ditimpa musibah. Antara kampung2 yang telah disingahi adalah seperti kg. Pulau Bahagia, Kg. Beladau Kolam, Kg. Teluk Menara, Kg Tanah Lot Manir, Kg. Durian Mas, Kg. Peradong, Kg. Padang Setapi Dan juga Kg. Perumahan Batu Hampar. Kampung2 ini adalah mewakili peti undi masing2 bagi tujuan membahagi hamper. Hamper2 ini telah disampaikan sendiri oleh  PPD Manir iaitu En. Yusof Bin Awang Hitam kepada penerima-penerima tersebut.

              Insyallah kalau diberikan peluang pihak Umno Dun Manir akan menjalankan aktiviti2 seperti lebih kerap bagi memberi bantuan dan mendengar masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat. Moga perjuangan UMNO yang ikhlas dan suci ini akan diberkati oleh ALLAH hendaknya.

Monday 26 September 2011

Majlis Hari Raya Dun Manir 2011

Sambutan Hari Raya Dun Manir pada tahun 2011 ini dihadiri oleh Datuk Seri Ahmad Bin Said.














Menteri Besar Terengganu. Selain itu ia juga dihadiri oleh beberapa tetamu terhormat yang lain.

Monday 18 July 2011

Pertandingan Futsal Tertutup Kg. Beladau Kolam















































































Pertandingan Ini dianjurkan oleh Pemuda-pemuda Kg. Beladau Kolam, Manir. Program ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat bantu-membantu sesama penduduk kampung ini. 

Pertandingan ini disertai oleh semua golongan penduduk Kg. Beladau Kolam, tidak kira yang muda dan yang tua. Program ini telah mendapat perhatian dari segenap penduduk.

Majlis penyampaian hadiah Futsal Tertutup Kg. Beladau Kolam ini diserikan dengan kehadiran Pegawai Pembangunan Dun Manir iaitu En.Yusof Bin Awang Hitam ataupun lebih dikenali oleh org kg sebagai Pak Usop.

Pak Usop adalah Pegawai Pembangunan Dun yang amat menghargai golongan pemuda. Beliau telah berbesar hati untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada para peserta futsal.